Khasiat Daun Durian Belanda

7 KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA

.
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
.
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
.
2. Sakit Pinggang
.
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
.
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
.
4. Mengatasi Diabetis
.
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
.
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
.
6. Mengatasi Buasir
.
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
.
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya..


Petua Atau Rawatan Altenatif Menggunakan Buah Buahan Dan Sayur Sayuran


Rawatan Penyakit Menggunakan Buah Buahan & Sayur Sayuran. InsyaAllah rawatan ini adalah sebagai alternatif menggantikan ubat. Caranya, blenderkan jer semua campuran. Kalau nak manis, boleh tambahkan madu.

 Kencing Manis = Karot + Bayam + Saleri
 Batuk = Karot + Nenas + Halia + Bawang Putih
 Pening = Epal + Timun + Kale + Saleri
 Ulser = Kobis + Karot + Saleri
 Sembelit = Karot + Epal + Kubis
 BP Tinggi = Ubi Bit + Epal + Saleri + Timun + Halia
 Detox Buah Pinggang = Karot + Tembikai + Timun + Cilantro
 Mata = Karot + Saleri
 Mabuk = Epal + Karot + Ubi Bit + Lemon
 Gementar = Karot + Saleri + delima
 Depresi = Karot + Epal + Bayam + Uni Bit
 Asma = Karot + Bayam + Epal + Bawang Putih + Lemon
 Arthritis = Karot + Saleri + Nenas + Lemon
 Batu Karang = Oren + Epal + Tembikai + Lemon
 Stress = Pisang + Strawberi + Pear
 Keletihan = Karot + Ubi bit + Epal Hijau + Lemon + Bayam
 Hilang Ingatan = Delima + Ubi Bit + Anggur
 Ketidakhadaman = Nenas + Karot + Lemon + Mint

Semoga bermanfaat..



Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Petua tingkatkan daya ingatan

Penat membaca tapi tetap tidak ingat. Penat menghafal tapi tetap tak masuk dalam kepala. Okay, apa kata korang cuba beberapa petua ni. Mana tahu kowt berhasil :)

a. Kopi - Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein

b. Latihan Mental - Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang, cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

c. Latihan Fizikal - Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

d. Mengunyah Gula-Gula Getah - Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

e. Ginkgo Biloba - Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

f. Minyak Ikan - Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.