Keburukan Membawa Beg Tangan Yang Terlalu Berat

Ngeri kesannya kpd Wanita di luar sana tanpa kita sedari, bila kte sering bawa beg tangan yg trlalu berat.

Golongan WANITA memg tidak dapat dipisahkan dgn beg tangan. Kalau boleh segala benda dari kunci, dompet, bekas alat solek, tisu, telefon bimbit dan sebagainya mahu disumbat di dalamnya.

Kadang2 akibat lambakan barangan di dalamnya, beg tangan tadi terus menjadi berat hingga sukar untuk dibawa.

Tahukah anda wahai kaum Hawa, perbuatan ini sebenarnya sangat bahaya kerana ia memberikan kesan jangka panjang pada tubuh badan anda.
________________________________________

1. Timbulnya rasa sakit kepala yang kerap

Beg tangan yang berat akan memberi kesan terhadap  tulang belakang. Bahagian ini akan terbeban sehingga menyebabkan ketegangan otot yang sekaligus akan menjadikan kepala menjadi sakit.

2. Ketegangan pada leher

Semasa membawa beg tangan yang berat, otot bahu akan 'bekerja lebih kuat'. Otot akan menegang dan memberi kesan kesakitan terhadap leher.

3. Postur badan berubah

Kesan ini paling ditakuti oleh wanita kerana membawa beg tangan yang berat akan menjadikan anda bongkok. Kesannya tidak dapat dilihat sewaktu muda, tunggu sahaja jika sudah berusia nanti.

4. Pembentukan otot bahu tidak seimbang
Selalunya kita mengenakan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan ini menyebabkan otot bahu dominan ini membesar berbanding sebelah lagi.

5.Kebas

Beban pada bahu ini juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit bila ia dipikul dalam tempoh yang lama. Perkara yang sama Ia juga boleh dirasai pada bahagian belakang leher.
________________________________________

Ngeri rasanya kann bila tiap hari2 beg yg kta bawa tu, tanpa kte sedari kesan buruk bawa beg tangan yg terlalu berat kan? Nampak macam perkara biasa namun sebenarnya ade kesannya.

Jadi, korang kena beringat okay! Kurangkan jumlah barang dalam beg dan bawa apa yang perlu sahaja. Beg tangan yang berat ini memudaratkan badan kornag sendiri terutamanya wanita.

sumber: Dipetik dari thelist.com




2 comments:

  1. tak minat sandang beg berat 😂

    ReplyDelete
  2. nanti nak kurang kan lah isi-isi yang ada di dalam beg..bawa yang penting jak bila berjalan..

    ReplyDelete