Blog berwajah baru

Assalamualaikum | Salam Sejahtera . Hari ni rasa seperti kerja dihari cuti. Suasana dalam opis suram je. Suasana dalam workshop sunyi sepi. Gate utama pun tak dibuka. Padahal hari ni hari ahad. Permulaan hari untuk minggu ni. Tapi entahlah.. mungkin disebabkan ramai staff yang outstation ke Bintulu, Sarawak kowt atau mungkin disebabkan cuaca hujan sekarang atau mungkin juga disebabkan bulan puasa. Eh, banyak sangat alasan yang difikirkan.

Okaylah, nak tanya ni. Korang perasan tak blog ni dah berwajah baru. Hehee inilah namanya gatal tangan. Sebenarnya hari ni, sehari suntuk terperap dalam opis. Nak lepak dalam workshop tade orang. Jadi terperap dalam opis mengadap laptop.

Kebetulan wifi pun dah kembali ok. Jadi dengan kepala yang tak berapa nak betul, saya mula lah mencari idea. Tak pasal pasal blog ni menjadi mangsa. Alkisahnya banyak template yang saya cuba. Tapi macam tak berapa lekat dihati. Tak menarik perhatian saya. Jadi, cuba punya cuba akhirnya tertarik dengan template lovebird ni. Apa lagi, gunapakai je lah. Settle.

Opss masih tak settle lah. Masih ada coding coding yang terpaksa diubah suai. Tapi mood nak bercoding tu masih tade lagi. Hehee malas nak mengadap coding sebenarnya. Jadi, hold kan dulu sementara waktu ye. Tengok lah esok lusa kita bercoding bagi mencantik muluskan lagi blog ni.

Sebenarnya blog ni macam dah terabai. Perasan kan? dah lama tak berentry dekat sini. Banyak habuk dan sarang lelabah. Tapi tak pe nanti saya kembali bergiat aktif dekat sini ye. Okay bye.

3 comments:

  1. wow cumel CC, kak ana pun lama dah nak try tukar template nak tukar ke responsive tapi tak ada masa lapang lagi, lepas2 ni kut hihi :)

    ReplyDelete