Kehebatan Azan


Satu kajian yang di buat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak. Menurutnya azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia.

Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. jom baca! rugi tak baca!

KENAPA BAYI BARU LAHIR DIAZANKAN?

Kajian Dr. Azhar, ketika seorang bayi dilahirkan ke dunia. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu.

Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadah pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.

Tambah Dr. Azhar, azan adalah formula besar di dalam hidup. Apabila terdengar laungan ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR! Ia satu kaedah untuk manusia merasai kebesaran Allah dan merasa Allah itu wujud.

Di dalam azan itu terletaknya asas sifat 20. Meletakkan rasa cinta dan sayang kepada Allah. Manakala Syahadah, kesaksian kepada Tuhan yang Esa dan Rasulullah pesuruh Allah.

Pengertiannya, apabila berpegang kepada sunnahnya maka akan selamat dunia dan akhirat.

“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan.

Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu.

“ Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa.

Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.


AZAN STABILKAN GELOMBANG DUNIA

DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia.

Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.

Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku. MasyaAllah..

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha.

Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Menurutnya lagi, secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta.

Sekarang ini keadaan sudah berubah. Dianggarkan hampir 90 peratus populasi di dunia berada di dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham.

Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

“ATURANNYA BEGINI,……………………………………………..
semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi.

Kemudian apabila masuk saja waktu solat, kita mengambil wuduk masa itu gelombang akan turun ke alpha.

KEMUDIAN APABILA AZAN,………………………………………

gelombang it terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakkan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati.

Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar.

Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.

AZAN TANDA SAYANG ALLAH

Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa.

Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta, bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa.

Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan.

Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.


“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.

Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan.

Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.


Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.


“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.

SOLAT PADA GELOMBANG THETA

Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta.

HASIL KAJIAN yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan TIGA PERKARA. Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan.

Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik.

Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.


“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel.

Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua saya akan suruh mereka amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”


“Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur.

Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.


Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?

Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”

“AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA.

Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri.

Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.

Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.


SEBENARNYA ALLAH TELAH BERIKAN CARA UNTUK MENGAWAL SEMUA HORMON DI DALAM BADAN IAITU DENGAN CARA SOLAT DAN PENGHAYATAN AZAN.


Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai.

Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.


“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI.”


wallaualam bissawab..




Allah... Hebat kn? bayangkn jika tiada lagi azan yang berkumandang?

Menara Tertinggi Di Dunia Burj Khalifa


Uni Emirat Arab nampaknya boleh berbangga dengan keberhasilan mereka mengubah semua wilayah berpasirnya menjadi sebuah negara yang maju dalam kurun waktu setengah abad.

Bahkan, khusus di bidang arkitektur, Dubai sudah menegaskan kemajuannya dengan membangun sebuah gedung pencakar langit yang dinamakan Burj Khalifa.

Burj Khalifa secara rasmi dibuka pada 4 Januari 2010, bangunan yang berlantaikan 160 ini di daulat oleh Wikipedia sebagai salah satu gedung tertinggi di dunia buatan manusia.

Segala kehebatan arkitektur yang menjadi penyusun Burj Khalifa juga membuatnya terkenal akan 10 fakta menarik tentangnya. Inilah sepuluh fakta menarik itu:

1- Dengan ketinggian 868 meter, Burj Khalifa boleh dikatakan dua kali lebih tinggi dari gedung Empire State dan tiga kali lebih tinggi dari menara Eiffel.

2- Burj Khalifa telah memecahkan beberapa rekord, sekaligus iaitu sebagai bangunan berstruktur bebas (tanpa penyangga) tertinggi di dunia,
Lantai tertinggi yang dihuni manusia di dunia, dek observasi outdoor tertinggi di dunia, serta lift berjarak terjauh di dunia.

3- Catatan arkitektur Burj Khalifa menyatakan bahawa berat beton yang digunakan untuk membangun gedung tersebut setara 100.000 gajah.

4- Design bangunan secara keseluruhan mengadaptasi bentuk bunga Hymenocallis dari Yunani.

5- Bangunan ini dirancang oleh perusahaan asal Korea Selatan, Samsung Engineering and Construction.

6- Pembangunan Burj Khalifa menghabiskan kos yang bukan alang-alang, yakni sebanyak 1,5 milion dollar AS.

7- Dalam proses pembinaannya, sekitar 12.000 pekerja dikerahkan untuk melaksanakan projek tersebut.

8- Begitu tingginya Burj Khalifa hingga hujung bangunannya dapat terlihat dari jarak 95 kilometer.

9- Pada awalnya, bangunan pencakar langit ini dinamakan Burj Dubai, namun, kemudian diganti menjadi Burj Khalifa untuk menghormati Sheik Khalifa bin Zayed al Nahyan, penguasa Abu Dhabi yang telah menyelamatkan Dubai dari muflis pada tahun 2009.

10- Burj Khalifa dilengkapi dengan 54 lift dengan kecepatan 60 kilometer per jam.




fuhhh... what do you say? maju gila negara nie. Negara kaya. tk hairanlh semaju inie.. tmpt kdua yg nia idam2 kn nk d jejaki. Aamiin.. smoga Allah izinkn.

Sumber : robertqtillsonburg.com




Rahsia lubang hidung | Mengapa lubang hidung ada dua?



MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.

Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?
Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.
Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....

8 keajaiban Solat Tahajud


Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.

Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
..
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
..
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
..
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
..
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
..
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
..
6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
..
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
..
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
..
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Kenali rahsia tahi lalat



Assalamualaikum | Salam sejahtera

Rata-rata diantara kita mempunyai tahu lalat. Ada yang bahagian muka dan anggota badan. tapi tahukah anda disebalik kewujudan tahi lalat tu ada maksud yang tertentu? Jom kita kenali rahsia disebalik kehadiran tahi lalat tersebut

Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri - Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Betis kanan - Suka berhibur, boros

Betis kiri - Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan - Cerdas dan cekap

Kening kiri - Cerdas, sopan santun

Tengah kening - Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan - Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung - Banyak rezeki

Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri - Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri 2

Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri - Baik budi

Alis kanan - Suka menolong, baik hati

Alis kiri - Ramai yang suka

Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan - Suka menolong

Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan - Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan - Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Pipi kanan - Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Ubun-ubun - Kurang jujur

Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri - Beroleh kemliaan

Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri - Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Take note : Jangan percaya 100% dengan segala bagai rahsia ni. Pokok pangalnya terpulang pada diri sendiri. Nak bijak pandai ke nak berjaya ke. Yang penting usaha, tawakal dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah, kalau baik yang kita minta maka baiklah hasil yang bakal kita perolehi dan begitulah sebaliknya. 


Blog berwajah baru

Assalamualaikum | Salam Sejahtera . Hari ni rasa seperti kerja dihari cuti. Suasana dalam opis suram je. Suasana dalam workshop sunyi sepi. Gate utama pun tak dibuka. Padahal hari ni hari ahad. Permulaan hari untuk minggu ni. Tapi entahlah.. mungkin disebabkan ramai staff yang outstation ke Bintulu, Sarawak kowt atau mungkin disebabkan cuaca hujan sekarang atau mungkin juga disebabkan bulan puasa. Eh, banyak sangat alasan yang difikirkan.

Okaylah, nak tanya ni. Korang perasan tak blog ni dah berwajah baru. Hehee inilah namanya gatal tangan. Sebenarnya hari ni, sehari suntuk terperap dalam opis. Nak lepak dalam workshop tade orang. Jadi terperap dalam opis mengadap laptop.

Kebetulan wifi pun dah kembali ok. Jadi dengan kepala yang tak berapa nak betul, saya mula lah mencari idea. Tak pasal pasal blog ni menjadi mangsa. Alkisahnya banyak template yang saya cuba. Tapi macam tak berapa lekat dihati. Tak menarik perhatian saya. Jadi, cuba punya cuba akhirnya tertarik dengan template lovebird ni. Apa lagi, gunapakai je lah. Settle.

Opss masih tak settle lah. Masih ada coding coding yang terpaksa diubah suai. Tapi mood nak bercoding tu masih tade lagi. Hehee malas nak mengadap coding sebenarnya. Jadi, hold kan dulu sementara waktu ye. Tengok lah esok lusa kita bercoding bagi mencantik muluskan lagi blog ni.

Sebenarnya blog ni macam dah terabai. Perasan kan? dah lama tak berentry dekat sini. Banyak habuk dan sarang lelabah. Tapi tak pe nanti saya kembali bergiat aktif dekat sini ye. Okay bye.

Bangkit dari putus asa


Pernah tak?
Kita rasa hampir 
Putus asa.
Jatuh bangkit.
Lalu di kirimkan seorang hamba.
Menghulurkan tangan dan senyuman.
Walaupun ianya sementara.
Tetapi ia sangat bermakna.
Allah itu berlaku Adil.
Setiap pemergian akan ada pengganti.
Keep istiqomah dalam hijrah.
Jangan pernah jauh dari Nya.
Hidup bukan untuk manusia.
Tapi adalah tiket untuk mendapatkan syurga.
Berbuat amal la di dunia.
Sementara ajal belum menempah.




Bulan Terakhir Praktikal Untuk Semester ini


Alhamdulillah, bulan Jun muncul juga akhirnya... bulan Jun merupakan bulan yang hakak nanti nantikan.. kenapa? sebab bulan Jun merupakan bulan terakhir hakak praktikal untuk semester ini.. bulan Jun juga merupakan bulan kelahiran hakak.. dan yang paling penting.. bulan Jun tahun ini kita berpuasa... Tanggal 1 Ramadhan jatuh dalam bulan Jun.. jadi bulan Jun untuk tahun ni sangat istimewa dalam hidup hakak.. alhamdulillah...

Hari ni merupakan tanggal 2 Jun 2016.. hidup hakak untuk hari ni masih seperti biasa.. di tempat kerja.. menghitung hari untuk habis praktikal.. Oichhhh tak sabarnya nak habis praktikal dekat sini.. kalau diikutkan 30 Jun 2016.. hakak secara rasminya tamat praktikal di sini.. tapi niat dihati nak mintak tamat awal.. heheee.. kalau boleh nak puasa dengan family dekat rumah.. tak nak puasa dekat sini.. tak best.. sahur sorang sorang.. berbuka sorang sorang.. macam sedih je rasa... macam lonely sangat.. sob sob sobbb.. maklumlah hakak kan tinggal di hostel yang disediakan company.. bak kata mak " adat lettuw belajar dan merantau". Hehee

Hari ni hari khamis.. seperti biasa hakak menanti jam 5:30pm dengan ketidak sabaran., kenapa? sebab hakak nak bergegas balik rumah family.. kebiasaannya setiap petang khamis hakak akan pulang ke rumah family.. petang sabtu hakak kembali semula ke hostel.. sebab ahad dah mula kerja.. sama seperti hari hari yang sudah.. petang ni pun hakak akan pulang ke rumah family.. serius rasa mcm tak sabar giler.. heheee.. kenapa tak sabar? sebab baru baru ni rumah hakak di renovet.. jadi rumah agak bersepah dan tak teratur.. so niat hakak untuk pualng petang ni sebab nak tolong mak kemas rumah.. almaklumlah hakak kan anak yang baik.. heheee :)

Untuk semester ni.. hakak dah berjaya praktikal selama lima bulan lebih.. penghujung bulan ni genaplah enam bulan.. oichhh tak sabarnya nak tamatkan praktikal dekat sini.. eh, tamat praktikal ni bukan bermakna hakak dah tamat belajar tau... masih berbaki lagi setahun setengah untuk grad... lama kan? awal bulan tujuh nanti, hakak sekali lagi akan praktikal.. tapi di tempat lain dan dalam silibus yang lain.. kalau di sini.. hakak didedahkan dengan kerja kerja instrument analayzer system.. hehee agak lari sikit dengan apa yang hakak belajar.. di tempat baru nanti, hakak bakal didedahkan dengan PSU.. Papan Suis Utama.. okay, itu memang bidang yang hakak belajar... memang cun, ngam dan tepat sekali untuk hakak.. kuikuikuiii

Eh, macam syok je hakak bertyping entri kan.. tengok jam dah dekat pukul lima.. yeyeyehhh dah dekat nak balik.. yeyehhh tak sabau nyer.. awak.. awak.. awak... doakan hakak selamat sampai rumah family ye petang nanti.. okaylah.. hakak nak sambung buat kerja sikit.. hehee nanti lima setengah.. hakak terus panch card dan cabut balikkk.. heheee okbye.. wassalam :)


Take note : Lamanya tak berblogging dekat sini. Hehee rindu pulak nak aktif macam dulu kala. Sila tinggalkan link uolls jika sudi. InsyaAllah nanti hakak slow slow blogwalking ye. Salam Ramadhan sayang :)