Hidayah Milik Allah


Hidayah itu terkadang perlu di cari dan di kejar. Bukan sekadar menunggu dan menanti.
.

Benar,
Hidayah itu milik Allah.Tetapi tidak salah jika kita mengejarnya kerana tiada siapa tahu, mungkin hidayah itu menjadi milik kita.


Pertolongan dari Allah




Percaya atau tidak?
Percayalah..
Saat kita memerlukan bantuan dan pertolongan, Allah S.W.T menghantar dalam pelbagai cara dan bentuk.

Jangan sesekali mempersoalkan :
" Kenapa Allah tidak membantu aku? "
" Kenapa Allah biarkan aku sendirian hadapi semua ini? "
Nope !!

Kita tidak layak untuk mempersoalkannya.
Apa yang perlu kita tahu adalah Allah itu sentiasa bersama hambaNYA.
Pertolongan Allah itu sentiasa datang dan hadir tepat pada masanya..

Hanya Allah yang tahu bila waktu dan ketika saat yang paling sesuai untuk menghantar bantuan , pertolongan dan memenuhi permintaan hambanya..



TIGA JENIS KAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI



- Kawan yang pertama
Kawan yang ADA ILMU, bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

- Kawan kedua
Dia TAK ADA ILMU, tapi kita ada ilmu dan DIA TERIMA ILMU dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga
Dia TAK ADA ILMU, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia TAK TERIMA dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.


Semoga Bermanfaat

AURA BERJAYA (Positif) VS AURA MALAS (Negatif)



1. ORANG POSITIF selalu berani mencuba perubahan utk capai kejayaan
ORANG NEGATIF akan selalu takut dgn perubahan utk ke hadapan

2. ORANG POSITIF selalu mendapatkan idea yang bernas
ORANG NEGATIF hanya suka bercerita mengenai hal orang lain

3. ORANG POSITIF selalu sabar hadapi risiko turun naik
ORANG NEGATI selalu menyalahkan orang lain

4. ORANG POSITIF selalu memberi peluang capai kejayaan pada orang lain
ORANG NEGATIF selalu melepaskan peluang yang baik

5. ORANG POSITIF selalu mencurahkan Ilmu untuk lihat orang lain berjaya
ORANG NEGATIF selalu cemburu melihat kejayaan orang lain

6. ORANG POSITIF selalu rajin belajar dan terus belajar sampai tercapai segala impian
ORANG NEGATIF selalu suka belajar separuh jalan dan mudah give up

7. ORANG POSITIF selalu menghulurkan bantuan demi melihat kejayaan orang lain
ORANG NEGATIF lebih mementingkan diri sendiri

8. ORANG POSITIF selalu mudah bertanya jika ada yang tidak tahu
ORANG NEGATIF selalu malu untuk bertanya kerana tidak mahu di anggap kurang ilmu

9. ORANG POSITIF selalu memahami kehendak diri sendiri
ORANG NEGATIF selalu tidak faham kehendak diri sendiri

10. ORANG POSITIF selalu mudah mendengar apa saja cadangan dari orang lain sebelum berkata-kata
ORANG NEGATIF selalu berkata-kata sehingga tidak mahu mendengar idea dari orang lain

11. ORANG POSITIF selalu bersikap jujur
ORANG NEGATIF selalu banyak berahsia

12. ORANG POSITIF selalu kuat semangatnya untuk berjaya
ORANG NEGATIF selalu saja lemah semangat

13. ORANG POSITIF selalu bersyukur dengan apa saja yang di milikinya sikit @ banyak
ORANG NEGATIF selalu ingin mengeluh

14. ORANG POSITIF selalu rajin, yakin, berani, usaha kuat berterusan demi bertemu sebuah KEJAYAAN
ORANG NEGATIF selalu rasa malas dan lebih suka menyindir melihat kejayaan orang lain

15. ORANG POSITIF selalu nampak & mengambil peluang yang akan mengubah kehidupan ke arah lebih maju
ORANG NEGATIF selalu rasa ragu-ragu untuk berubah & akan banyak mencipta alasan

TANYA DIRI SENDIRI.!!!!!!!
Sejauh mana TAHAP KEBERANIAN kita untuk MEMPOSITIFKAN DIRI KE ARAH KEJAYAAN.

Coretan : ALHAURA' NURHOURI

AMALAN MURAH REZEKI




✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg.

....................................

✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

....................................

✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

....................................

✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

....................................

✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).

....................................

✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

..................................

✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

..................................

✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

....................................

✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

....................................

✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.

....................................

✅11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

....................................

Selamat bersedekah,
Semoga kita dilimpahkan rezeki yg barakah.
Aamiin.

STRATEGI BISNES YANG MENIPU




Apabila kita ingin membeli tiket kapal terbang, kita adakalanya akan dapati terdapat nota kecil menunjukkan "Only 1 Seat Left", iaitu pada waktu-waktu yang ada pada tarikh yang dikehendaki. Ketahuilah nota tersebut adakalanya adalah hanya strategi syarikat untuk mendesak dan mendorong kita membeli secepat mungkin.

Saya pernah mencuba, apabila mencari tiket untuk satu orang, tiba-tiba kelihatan tanda nota "One Seat Left", namun apabila saya masukkan semula data untuk pembelian dua tiket pula pada tarikh dan waktu yang sama, saya dapati tanda nota "One Seat left", sudah tiada tapi kali ini bertukar ke "two seats left"

Strategi yang sama adakalanya digunakan oleh penjual untuk cepat melariskan barangan dan seolah memukau pembeli agar jangan berfikir lagi serta segera bertindak membeli.

Ketahuilah, JIKA kehabisan atau tinggal sedikit itu BUKAN FAKTA SEBENAR tetapi rekaan, itu adalah suatu berdosa bagi penjual serta haram hukumnya atas sebab penipuan.

Atas sebab itu, juga Nabi mengingatkan :-
إن التجار هم الفجار قالوا يا رسول الله أليس قد أحل الله البيع قال بلى ولكنهم يحلفون فيأثمون ويحدثون فيكذبون

Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli , Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap (ketika promosi) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Bukhari & Muslim; Al-Baihaqi)

Coretan : Ustaz Dr Zaharuddin

Semoga bermanfaat untuk kita semua

TIPS HUTANG SELESAI - SELESAIKAN HUTANG DGN ALLAH SWT DULU




Hutang pada masa kini adalah sesuatu perkara yang sudah biasa.
Sehinggakan andai seseorang atau sesuatu organisasi itu tiada hutang,
ia memang menakjubkan kerana ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Kita sering memikirkan hutang kita dengan sesama manusia.
Namun, berapa ramai antara kita yang sedar
tentang sudah berapa banyak kita sudah berhutang
dengan Allah SWT?

Maka sebolehnya kita usahakan perbaiki hubungan dengan ALLAH SWT dulu.

Cepat atau lambat tetap ada ujian


"Awk tau tak apa beza bas dgn kereta api"?
Bas nie walau pun laju jalan straigh jee tp
awas kdg2 bahaya menanti!...
but kereta api walau jalan bengkang bengkok
lambat sedikit tp inshaAllah selamat ke destinasi"


-Begitu jgk hidup cepat atau lambat ada ujian yg perlu ditempoh-

Hidayah milik Allah



Bila bercakap soal jodoh
ramai memilih utk berusaha keras mencari
walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan

Tapi bila bercakap soal HIDAYAH
ramai pula memilih utk menunggu
biarpun sedar HIDAYAH itu perlu dicari
bukannya jatuh ke riba........


Gambar lawak #1



Air Nyor Mutus Beruk Mampus




Sunnah Nabi Yang Semakin Berat di Amalkan.


7 Sunnah Nabi Yang Semakin Berat di Amalkan.

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌴Pertama:🌴
➖➖➖➖➖
Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah.

🌴Kedua:🌴
➖➖➖➖➖
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat..

🌴Ketiga:🌴
➖➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌴Keempat:🌴
➖➖➖➖➖➖
Jaga sholat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha. Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌴Kelima:🌴
➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat  ganda.

🌴Keenam:🌴
➖➖➖➖➖
Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia yaa Allah”.

🌴Ketujuh:🌴
➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga memberi manfaat pada semua. 👏