Musim Exam | Deman rindu

Assalamualaikum..

Dalam pada sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi final exam, boleh pulak jatuh sakit. Demam. Oichhh rasa macam nak melekat memanjang atas katil. Rasa macam nak tidur memanjang, rehatkan diri. Tapi tak boleh! Masih ada misi dan visi yang harus disettlekan.

Study. Itu misi dan visinya. Semoga result yang diperolehi nanti dapat membanggakan mak dan ayah. Alhamdulillah, dalam pada demam, badan masih mampu bertahan. Masih larat untuk study dan settlekan apa yang patut. Yalah, dah duduk jauh dari family so tak bolehlah manja sangat. Perlulah kuathan hati, tabahkan diri untuk menguruskan diri sendiri.

Tapi apapun, tadi call mak. Huhuuu, jatuh juga airmata setitis dua titis. Saya hati dengar suara mak. Berguni-guni nasihat yang mak titip kan. Mak mesti risau dekat anak dia yang sorang ni. Huhuuu.. mak ouh mak, selalu sangat risau dekat anak-anak. Padahal anak-anak dah besar kowt. Dah mampu berdikari dan jaga diri sendiri. 

Tapi itulah, kasih ibu sepanjang hayat. Selagi tidak menutup mata, selagi itu akan sentiasa mengambil tahu akan anak-anak. Thank mak. Angah hargai sangat pengorbanan dan perhatian yang mak berikan pada angah. Demi mak, ayah dan adik-adik, angah akan kuat. Mak selalu cakap, 'Sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. Jangan merungut ketika sakit. Kuatkan diri dan tabahkan hati sebab Allah menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang pasti akan mampu untuk hamba-hambaNya melaluinya'. Huhuuu mak ouh mak, iLOVEu mak.


Take note : Tak sabar nak habis exam. Tak sabar nak cuti semester. Tak sabar nak balik kg. Paling tak sabar nak jumpa mak, ayah dan adik-adik. Lagi dua minggu nak start cuti. Apapun semoga segala urusan dan apa yang telah dirancangkan berjalan lancar dengan izin dari-Nya, Aamin.

4 comments: