Sakitnya tuh di sini




Awak..
Rasanya bagaikan baru semalam kita bersama. Awak genggam tangan saya, kita beriringan meniti hidup berkongsi gelak tawa. Bahagia yang tercipta bagaikan bukan kepalsuan. Bahagia yang dilahirkan ikhlas jauh disudut hati. Tapi siapakah saya untuk mengukur nilai keikhlasan awak. Kan? Siapa sangka dalam leka kita berbahagia akhirnya duka datang menerjah saya. Saya jatuh terduduk, tak mampu untuk bangkit seketika mengiringi perkhabaran yang awak sampaikan. Awak, apa salah saya? Awak, apa silap saya? Awak, kenapa sanggup buat saya macam ni? Awak, kenapa bagi saya harapan palsu? Awak, kenapa bagi janji dusta pada saya?

Awak, sebenarnya terlalu banyak soalan yang nak saya tanyakan tapi tak terluah. Saya sendiri tak pasti soalan mana yang patut didahulukan. Saya buntu. Buntu dengan perilaku dan sikap awak yang berubah dalam sekelip mata. Apakah sebelum ni sikap awak didepan saya hanya lakonan semata-mata? Oichhh banyaknya soalan dalam kepala ni yang tak punyai jawapan. Awak, tolonglah jawab soalan-soalan saya. Tolonglah, jangan tinggalakan tanda tanya yang merimbun dalam kepala saya. Tolong, tolong bantu saya rungkaikan misteri yang awak ciptakan. Saat ni awak sedang bahagia bergelak ketawa disisi dia. Tidakkah ada sekelumit ingatan awak terhadap saya? Saya nampak awak berlawak jenaka dengan dia. Sampainya hati awak! Sempat lagi awak berjenaka, kan? Hurmm.. padahal saya sakit hampir separuh mati kerana awak.

Ingat tak janji-janji awak kepada saya? Awak janji nak bahagiakan saya. Awak janji takkan biarkan airmata saya mengalir. Awak janji akan sentiasa disisi saya. Awak janji untuk kongsi suka duka bersama saya. Awak janji akan sentiasa ada dalam saya susah ataupun senang. Awak janji tapi awak tidak tepati. Awak jahat! Awak kejam! Awak tipu saya. Awak cakap saya yang terakhir dalam hidup awak tapi kenapa awak berpaling tadah.

Awak, ingat lagi tak kenangan kita? Ingat tak dulu, macam mana susahnya awak nak memikat hati saya tapi kenapa sekarang senangnya awak rungkaikan ikatan tu. Oichh saya sakit. Sakit dengan drama yang awak ciptakan. Awak cakap sayang saya sedangkan awak ada dia. Awak cakap awak jujur setia dengan saya sedangkan awak bermain perasaan dengan dia. Saya ketahui ‘permainan kata’ awak secara tidak sengaja. Pepatah mengatakan ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’, sama macam awak. Sepandai-pandai awak menipu akhirnya saya dapat tahu juga. Saya kecewa dengan sikap awak. Saya terkilan dengan perangai awak. Apa yang saya rasai, biarlah sekadar saya meluahkan disini. Hurmm.. saya tunggu dan terus menunggu. Ada baiknya awak sendiri memberitahu saya tentang hal ni. Rasanya tak perlulah saya menangis, meraung, meratap didepan awak untuk meminta secebis kepastian, kan?. Awak pun dah besar panjang, dah matang, dah pandai berfikir jadi ada baiknya awak sendiri yang jelaskan kepada saya.

Hari dah larut malam ni. Saya undur diri dulu tau. Penat dah saya menangis, letih dah saya merintih, ada baiknya sekarang saya tidur untuk tenangkan hati yang tengah bercelaru. Saya harap awak sentiasa gembira dan bahagia. Saya sayang awak walau apapun yang terjadi. Awak, jangan nakal-nakal ya. Sentiasa ingat saya selalu ya. Nanti ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi. Saya sayang awak, sayang.



4 comments:

  1. dont be sad. you're not alone. Allah always be there for you :)

    ReplyDelete
  2. Jgn sedih... Pasti ada hikmah.. Bersangka baik...

    ReplyDelete
  3. there's always something better for you in the future! be strong! :)

    ReplyDelete